Adakah saya boleh membuat pengeluaran jika saya masih mempunyai posisi yang sedang aktif?

Anda boleh mengeluarkan sekian amaun selagi mana ia di dalam had margin bebas (free margin) anda. Dalam erti kata lain, anda hanya boleh mengeluarkan dana yang tidak terlibat dalam perdagangan, yang dinyatakan sebagai margin bebas.

Apakah itu margin bebas?

Amaun dana "Available" (Tersedia) yang ditunjukkan di Laman Pedagang anda ialah margin bebas (sentiasa berubah-ubah) yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa:

1.bmp

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan dana semasa anda masih mempunyai posisi yang aktif (opened positions), kerana jika anda mengalami kerugian, terdapat kemungkinan ia boleh mengakibatkan Stop Out. Dalam senario sedemikian, dana tambahan boleh membantu mengelakkan pesanan tertutup secara automatik.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: